Marek Edelman
Marek Edelman

Marek Edelman

Marek Edelman (Bahasa Yiddish: מאַרעק עדעלמאַןcode: yi is deprecated ; 1919/1922 – 2 Oktober 2009) seorang ahli doktor jantung dan aktivis Poland. Beliau menganggotai Serikat Buruh Yahudi Umum yang memperjuangkan hak pekerja Yahudi senegaranya. Sejurus Schutzstaffel Jerman yang menakluk banyak kawasan Poland melaksanakan Langkah Besar (Grossaktion) yang menahan semua orang Yahudi Warsaw untuk disinggahkan di Perumahan Warsaw sebelum menuju ke Treblinka; beliau menubuhkan bersama Pertubuhan Juangan Yahudi yang terlibat dalam Kebangkitan Warsaw menentang pihak Nazi.[5]Beliau menelaah pengajian perubatan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua menjadi seorang pakar jantung. Beliau turut melibatkan diri dalam banyak pertubuhan menentang pemerintahan komunis Republik Rakyat Poland termasuk Solidarność[6] serta mengarang banyak buku mengenai sejarah penentangan Nazi orang Poland.[7]Tidak seperti banyak orang Yahudi Warsawa yang terlibat dalam Kebangkitan Warsawa yang terkesan dengan pembunuhan ramai ahli keluarga mereka sehingga memilih "berangkat" ke Palestin menduduki petempatan Israel sana, Marek kuat menentang fahaman Zionisme apatah lagi meragui ketahanan rancangan pembentukan negara itu[8][9][10][11] yang dilihat mengkhianati semangat perjuangan membela diri bangsa mereka selain bersimpati dengan nasib orang Palestin,[12][13] beliau sendiri enggan menerima tawaran berhijrah bahkan menyimpan kewarganegaraan Poland beliau mengguris hati keturunan rakan seperjuangannya yang Zionis.[14][15]

Marek Edelman

Kesetiaan Serikat Buruh Yahudi Umum
Pertubuhan Juangan Yahudi
Armia Ludowa
Pertempuran Perang Dunia Kedua
Meninggal dunia Oktober 2, 2009 (90 atau 87)
Warsaw, Poland
Pangkat Naib komander (ŻOB)
Anugerah Légion d'honneur[3][4]
Darjah Helang Putih[3]
Universiti Yale, jiazah hormat[3]
Kelahiran 1919 or 1922
mungkin Homel, Republik Rakyat Ukraine[1] atau Warsaw, Poland[2]
Disemadikan Tanah Perkuburan Yahudi Warsaw
Tahun perkhidmatan 1942–1944

Rujukan

WikiPedia: Marek Edelman http://szukaj.wyborcza.pl/archiwum/1,0,5238856.htm... http://wiadomosci.gazeta.pl/Wiadomosci/1,80273,710... https://books.google.com/books?id=uQouAAAAQBAJ&q=%... https://books.google.com/books?id=2wkNnwEACAAJ&q=%... https://books.google.com/books?id=hq0gC1PIO9sC&pg=... https://books.google.com/books?id=Dox90pPztBMC&pg=... https://books.google.com/books?id=bQEAmjk4Wh0C&pg=... http://www.rp.pl/artykul/372163_Marek_Edelman_nie_... https://web.archive.org/web/20091008133608/http://... https://web.archive.org/web/20171020103457/http://...